Refleksologi adalah kaedah merangsang titik-titik refleks pada kaki yang berhubung rapat dengan kelenjar, organ atau bahagian anggota badan yang spesifik.
Organ-organ dalaman terdiri daripada hati, jantung, ginjal, pundi hempedu, kolon, perut, usus kecil and limpa.
Kelenjar endokrin pula terdiri daripada kelenjar pituitari, peneal, tiroid, paratiroid, kelenjar seks, kelenjar limfa, penkreas dan adrenal.
" REFLEKSOLOGI ADALAH METOD TERAPI PENYEMOHAN YANG BERSIFAT SELAMAT, MENYELURUH DAN TIDAK MEMUDARATKAN, DIMANA IANYA BERTINDAK MERANGSANG TENAGA PENYEMBUHAN SEMULA JADI BADAN MELALUI URUTAN YANG TERTENTU PADA TITIK-TITIK TEKNAN DI KAKI. IA CUKUP BERKESAN DAN BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MERAWAT INDIVIDU DARI SEGENAP PERINGKAT UMUR, KANAK-KANAK, DEWASA ATAU YANG TELAH LANJUT USIA. IANAYA JUGA BOLEH BOLEH DIGUNAKAN BERSAMA TERAPI-TERAPI YANG LAIN TERMASUKLAH AROMATERAPI,SHIATSU DAN HOMEOPATI ".
Rangsangan keatas titik refleks ini mengakibatkan peningkatan ke atas pengaliran Qi yang membawa kepada keharmonian tenaga di dalam badan.
Kesemua organ dalam dan kelenjar endokrin ini dirujuk sebagai titik-titik releks. Semasa sesi refleksologi kaki, anda akan berhadapan dengan titik refleks yang apabila disentuh akan berasa pedih sperti mencucuk-cucuk. Rasa sakit ini menandakan berlakunya PENYUMBATAN ENAGA dan lazimnya akan muilai hilang semasa sessi urutan dijalankan. Apabila tekanan yang dapat dikenakan ke atas titik refleks yang sensitif, terjadinya kesan rangsangan melalui sistem saraf. Kesan tersebut dapat mengurangkan rasa sakit, memperbaiki saraf dan bekalan darah, mengembalikan fungsi-fungsi normal badan dan merehatkan badan, minda dan semangat.