Assalamulaikum w.r.t.



Assalamulaikum w.r.t.;

Salam Sejahtera;

Salam 1Malaysia.








Sabtu, 1 Januari 2011

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kelab Warga Emas (KEWE) Jalan Siakap mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011. Muga-muga tahun 2011 ini akan dapat membina iltizam yangt lebih kuat ke arah kejayaan dan mengharungi sisa-sisa hidup yang amat berharga menuju ke alam Akhirah.
Walau pada pada Maal Hijrah yang baru sahaja berlalu telah menanamkan semangat Hajrah, namun munkin ada dikalangan kita yang berusia emas ini agar terlepas pandang kelender Maal Hijrah. Oleh janganlah dirisaukan sangat kerana Maal Hijrah terus menerus bersama kelender-kelender yang lain menyusuri hidup setiap manusia Ciptaan Allah S.W.T.
Seharusnya saya dan tuan-tuan dan puan-puan terus mengingatkan diri kita sendiri dan kawan-kawan yang seusia supaya tidak melupai tanggungjawab kita sebagai Hamba Allah; dan jangan lupa juga kepada  " HABLUM-MINAN-NAS ".
Kepada semua yang terlibat dengan tanggungjawab kepada KEWE Jalan Siakap yang telah diamanahkan; Teruskanlah tanggungjawab tersebut dengan lebih baik.
Dari: Pengerusi Kelab Warga Emas Jalan Siakap.