Assalamulaikum w.r.t.



Assalamulaikum w.r.t.;

Salam Sejahtera;

Salam 1Malaysia.








Jumaat, 29 Oktober 2010

JENIS-JENIS PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN MELALUI URUT REFLEKSI

Terdapat penerimaan atau persepsi berhubung urut refleksi di kalangan masyarakat umum bahawa urut refleksi hanya untuk seronok-seronok atau mendapat layanan dari gadis gebu dalam pusat urt refleksi yang bertaburan di bandar-bandar besar dan sederhana bahkan di bandar-bandar kecil pun terdapat pusat-pusat urut refleksi atau Foot Reflexology Centre; Di tempat-tempat ini bukan sahaja disediakan dengan khidmat urut refleksi tetapi lebih dari itu (di dalam pusat-pusat ini disediakan dengan gadis montok dari luar negara)dan kebanyakan tempat-tempat ini menjadi tempat sarang maksiah kelas sederhana dan mewah akhirnya tempat-tempat ini juga menjadi tempat tumpuan pihak berkuasa pencegas maksiat dan polis menjalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa.

Untuk pengetahuan umum bahawa sebenarnya urut refleksi ini, sekiranya dilakukan oleh Juru Refleksi yang bertauliah dan berpengalaman bukan sahaja dapat memulihkan kesegaran dan kecertasan seseorang yang di urut tetapi dapat memulihkan penyakit-penyakit berikut yang dihidapi oleh pesakit sama ada orang dewasa (lelaki dan perempuan) atau kanak-kanak.

Berikut adalah jenis-jenis penyakit (mengikut kumpulan) dapat disembuhkan dengan beberapa kali urutan (mengikut jangka masa setiap pesakit telah menghidapi penyakit tersebut;

Terapi (cara pengurutan theraputik) untuk sakit mengikut kumpulan berikut:-
  1. KEPALA, SARAF DAN TULANG (24 jenis penyakit).
  2. GANGGUAN PERNAFASAN.(16 jenis penyakit + Merawat batuk yang disebabkan infeksi atau lainnya).
  3. PENYAKIT MATA DAN TELINGA (12 jenis penyakit).
  4. GANGGUAN PENCERNAAN METABOLISMA (21 jenis).
  5. KELENJAR TIROID (19 jenis).
  6. PEREDARAN DARAH (14 jenis termasuk Sakit Jantung, Kejang Jantung, Pembuluh Darah Tersumbat & Pembuluh Darah Sempit).
  7. KULIT DAN GANGGUAN SENDI (48 jenis termasuk Sakit Rahang, Sakit Gigi & Infeksi akar gigi, kanak-kanak kencing malam - Untuk dewa . . .  Sakit kencing tidak tus, Sukar kencing & Pundi Kencil Melorot).
  8. GANGGUAN ORGAN KELAMIN (17 jenis penyakit).
  9. KANSER, ALGERGI & TUMOR (21 jenis penyakit
Secara keseluruhannya sebanyak 209 jenis penyakit telah terbukti dapat diubati dengan penggunan urut refleksi melalau theraputik terapi.

Selasa, 19 Oktober 2010

Refleksologi Sebagai Alternertif Untuk Bantuan Awal Untuk Memulih Penyakit.

Salam Sejahtera;

Di Malaysia Urutan Refleksologi (Reflexology) disalahgunakan oleh pihak-pihak yang gelojoh untuk mengaut keuntungan besar atau jalan mudah untuk cepat menjadi mewah. Pusat-pusat refleksologi digunakan sebagai tempat maksiat. Bagi pelangan pula mereka menganggap bahawa pusat refleksologi adalah tempat yang pailing baik untuk mendapat perkhidmatan maksiat kelas pertama; Kepada mereka yang beragama Islam mereka menempah tiket kelas super untuk jalan ke Neraka.

Setiap hari TV tunjukkan operasi-operasi membenteras maksiat, kita akan dapat melihat pusat-pusat refleksologi digempur oleh pihak berkuasa dan ternyata pusat-pusat ini ternyata tidak memberi perkhidmatan urtan refleklogi sebenar tetapi memberi perkhidmatan urutan repleleksexlogi.

Kalau kita mengunjungi Up Town or Down Town di Kuala Lumpur lain pula ceritanya, di sana terdapat banyak juru refleksologi yang memberi perkhidmatan Refleksologi di kawasan terbuka yang tentunya banyak habok berterbangan dan akan melekat ke kaki yang telah bermandian minyak semasa diurut.

Semuanya yang berlaku sepertimana saya sebutkan diatas tidak belaku di negeri-negeri barat atau. Mereka mempunyai etika dan nilai pekhidmatan refleksologi yang sebenarnya. Juru-juru refleksologi mereka di ajar dengan sempurna di pusat-pusat latihan formal, kolej-kolej, bahkan ada universiti (seperti di Canada, Great Bratain, Netherland) yang mengeluarkan Sijil, diploma dan ijazah dalam pendidikan refleksologi.



Reflexologymaya telah membuat tinjauan dan penyelidikan terhadap peneriman terhadap urutan refleklogi khususnya oleh penduduk di bandar-bandar dan luar bandar di negeri-negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak; Ternyata mereka kurang mendapat penerangan yang jelas berhubung Foot Reflexology (mereka lebih terdedah kepada penyalahan guna oleh pusat-pusat reflexology di bandar-bandar besar.

Reflexologymaya akan membuat road show ke negeri-negeri di Semenanjung untuk memberi penerang serta latihan asas Foot Reflexology sebagai alternetif kepada pertolongan cemas serta untuk menjana penambahan pendapatan tetap atau sampingan. Kepada kumpulan atau persatuan (NGOs) yang ingin mendapatkan perkhidmata program kami; Sila hubungan Reflexologymaya seperti yang tertera dalam blogspot kami.

Salam untuk semua.


Selasa, 11 Mei 2010

KESIHATAN ADALAH FITRAH ALLAH


Jadikan Urutan Refleksi (Reflexology Massage) sebagai alternatif utuma untuk menjaga KESIHATAN dan PEJAGAAN ORGAN-ORGAN dalam TUBUH anda !!!!

Isnin, 10 Mei 2010

*** BERITA TERKINI UNTUK ANDA ***

MENTADBIR URUS KEISHATAN MELALUI REFLEKSOLOGI - TERAPI.

  1. Melakukan Refleksi Terapi - Untuk terus mengekalkan tahap kesihatan yang  anda miliki setelah menggunakannya setiap hari. Terapi ini anda boleh lakukan setiap hari atau berjadual mengikut tahap penggunaan tenaga setiap hari

  2. Melakukan Refleksi Terapi Penyembuhan -Terapi ini dilakukan apabila untuk menyembuhkan sebarang penyakit yang dideritai oleh anda atau individu lain. Releksi Terapi Penyembuhan ini boleh dilakukan kepada semua peringkat umur,

Khamis, 6 Mei 2010

ANDA BERMINAT UNTUK MENJADI PENGAMAL REFLEKSOLOGI ?



KAMI MENGANJURKAN KURSUS-KURSUS BERJADUAL.

  • Kursus Asas Secara Intensif Untuk Pelajar-Pelajar Baru (3 hari).

  • Kursus Lanjutan Kepada Pengamal Refleksologi (3 hari).
& KHIDMAT NASIHAT/RUJUKAN

Selasa, 4 Mei 2010

APAKAH REFLEKSOLOGI ?.

Refleksologi adalah kaedah merangsang titik-titik refleks pada kaki yang berhubung rapat dengan kelenjar, organ atau bahagian anggota badan yang spesifik.

Organ-organ dalaman terdiri daripada hati, jantung, ginjal, pundi hempedu, kolon, perut, usus kecil and limpa.

Kelenjar endokrin pula terdiri daripada kelenjar pituitari, peneal, tiroid, paratiroid, kelenjar seks, kelenjar limfa, penkreas dan adrenal.
" REFLEKSOLOGI ADALAH METOD TERAPI PENYEMOHAN YANG BERSIFAT SELAMAT, MENYELURUH DAN TIDAK MEMUDARATKAN, DIMANA IANYA BERTINDAK MERANGSANG TENAGA PENYEMBUHAN SEMULA JADI BADAN MELALUI URUTAN YANG TERTENTU PADA TITIK-TITIK TEKNAN DI KAKI. IA CUKUP BERKESAN DAN BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MERAWAT INDIVIDU DARI SEGENAP PERINGKAT UMUR, KANAK-KANAK, DEWASA ATAU YANG TELAH LANJUT USIA. IANAYA JUGA BOLEH BOLEH DIGUNAKAN BERSAMA TERAPI-TERAPI YANG LAIN TERMASUKLAH AROMATERAPI,SHIATSU DAN HOMEOPATI ".
Rangsangan keatas titik refleks ini mengakibatkan peningkatan ke atas pengaliran Qi yang membawa kepada keharmonian tenaga di dalam badan.
Kesemua organ dalam dan kelenjar endokrin ini dirujuk sebagai titik-titik releks. Semasa sesi refleksologi kaki, anda akan berhadapan dengan titik refleks yang apabila disentuh akan berasa pedih sperti mencucuk-cucuk. Rasa sakit ini menandakan berlakunya PENYUMBATAN ENAGA dan lazimnya akan muilai hilang semasa sessi urutan dijalankan. Apabila tekanan yang dapat dikenakan ke atas titik refleks yang sensitif, terjadinya kesan rangsangan melalui sistem saraf. Kesan tersebut dapat mengurangkan rasa sakit, memperbaiki saraf dan bekalan darah, mengembalikan fungsi-fungsi normal badan dan merehatkan badan, minda dan semangat.

Pemulihan Kesihatan Melalui Refleksologi

Kebudayaan sesuatu bangsa di seluruh dunia telah membangunkan pelbagai cara untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan dan bebas daripada sebarang jangkitan dan penyakit. Amalan urutan badan merupakan amalan yang cukup universal. Bagaimanapun terdapat pelbagai cara bagi urutan badan tertentu dilakukan. Walau apa pun sesetengah teknik penyembuhan adalah bersifat spesifik bagi budaya kaum-kaum tertentu; Misalnya, orang India menggunakan amalan AYUVEDIK dan YOGA, orang Cina pula mengamalkan AKUPUNTUR, "ACCUPRASSURE" dan refleksologi kaki, orang Jepun pula terkenal dengan amalan Siatsu, orang Thai mengamalkan urutan Thai dan garis-garis ' sen sib' manakala orang melayu terkenal dengan amalan urutan TRADISIONAL MELAYU.

Sebagai pengamal refleksologi, saya mendapati dengan memasukkan bentuk-bentuk penyembuhan yang lain seperti akupresur ke dalam refleksologi kaki, dapat mempercepatkan proses penyembuhan badan. Aplikasi refleksologi dan akupresur tapak kaki dan tapak tangan adalah mudah dan selamat untuk dilakukan.



" ingin mencuba bagaimana keberkesanan penjagaan kesihatan

dan kecerian organ tubuh badan melalui reflexolog"

sila hubungi saya melalui emal saya
atau

telefoon: 017 3195008 / 018 3747930.

PENGURUSAN PENJAGAAN ORGAN DALAM TUBUH BADAN SENDIRI



Salah satu cara untuk penjagaan organ dalam tubuh badan adalah melalui Urutan Refleksi (Reflexology Massage)