Salam Sejahtera;
Di Malaysia Urutan Refleksologi (Reflexology) disalahgunakan oleh pihak-pihak yang gelojoh untuk mengaut keuntungan besar atau jalan mudah untuk cepat menjadi mewah. Pusat-pusat refleksologi digunakan sebagai tempat maksiat. Bagi pelangan pula mereka menganggap bahawa pusat refleksologi adalah tempat yang pailing baik untuk mendapat perkhidmatan maksiat kelas pertama; Kepada mereka yang beragama Islam mereka menempah tiket kelas super untuk jalan ke Neraka.
Setiap hari TV tunjukkan operasi-operasi membenteras maksiat, kita akan dapat melihat pusat-pusat refleksologi digempur oleh pihak berkuasa dan ternyata pusat-pusat ini ternyata tidak memberi perkhidmatan urtan refleklogi sebenar tetapi memberi perkhidmatan urutan repleleksexlogi.
Kalau kita mengunjungi Up Town or Down Town di Kuala Lumpur lain pula ceritanya, di sana terdapat banyak juru refleksologi yang memberi perkhidmatan Refleksologi di kawasan terbuka yang tentunya banyak habok berterbangan dan akan melekat ke kaki yang telah bermandian minyak semasa diurut.
Semuanya yang berlaku sepertimana saya sebutkan diatas tidak belaku di negeri-negeri barat atau. Mereka mempunyai etika dan nilai pekhidmatan refleksologi yang sebenarnya. Juru-juru refleksologi mereka di ajar dengan sempurna di pusat-pusat latihan formal, kolej-kolej, bahkan ada universiti (seperti di Canada, Great Bratain, Netherland) yang mengeluarkan Sijil, diploma dan ijazah dalam pendidikan refleksologi.
Reflexologymaya telah membuat tinjauan dan penyelidikan terhadap peneriman terhadap urutan refleklogi khususnya oleh penduduk di bandar-bandar dan luar bandar di negeri-negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak; Ternyata mereka kurang mendapat penerangan yang jelas berhubung Foot Reflexology (mereka lebih terdedah kepada penyalahan guna oleh pusat-pusat reflexology di bandar-bandar besar.
Reflexologymaya akan membuat road show ke negeri-negeri di Semenanjung untuk memberi penerang serta latihan asas Foot Reflexology sebagai alternetif kepada pertolongan cemas serta untuk menjana penambahan pendapatan tetap atau sampingan. Kepada kumpulan atau persatuan (NGOs) yang ingin mendapatkan perkhidmata program kami; Sila hubungan Reflexologymaya seperti yang tertera dalam blogspot kami.
Salam untuk semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan